08 March 2015

KE MELAKA BANDAR BERSEJARAH

Pada bulan disember yang lalu aku dan keluarga ku telah melancong ke Negeri Melaka Bandar Bersejarah selama tiga hari dua malam mulai daripada 20 - 23/12/2014 sempena dengan cuti hari krismis. Berkat kerjasama semua ahli keluarga program melancong ini berjalan dengan jayanya walau pun sekadar melancong didalam negara yang penting hubungan keluarga bertambah erat.

PERKELAHAN DIPANTAI PUTERI



                               Memancing satu kemestian
  
                                                                   FARMOSA




                                                               Puncak Farmosa
                                   

                             Semalam di Kuala Lumpur                        Ragam Cucu-cucu


04 March 2015

AKIQAH CUCU

Baru-baru pada 19.2.2015 hari khamis telah adakan majlis akiqah cucu yang kedua Muhammad Adam Mikail . Majlis berjalan dengan lancar atas kerjasama anak beranak ,keuarga dan kawan-kawan setaman. Terima kasih semua yang telah memberi kerjasama menjayakan majlis tersebut.

Muhammad Adam Mikail b. Mohd. Rizuan








22 October 2013

KENDURI KAHWIN ANAK

Pada 11.8.2013 baru-baru ini iaitu pada hari raya puasa yang keempat saya telah adakan kenduri perkahwinan anak saya yang ketiga dan keempat. Majlis berjalan dengan lancar, sukur alhamdulilah pada hari tersebut cuaca cerah tidak hujan seperti hari-hari sebelumnya. Kali ini menantu orang kelantan(perempuan) dan orang pahang(lelaki). Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama K25(kempulan 25 org).


Pengantin bersama dengan keluarga tersayang

Menu kenduri kali ini terdiri daripada daging masak hitam,ikan masin goreng,kambing bakar dan dalca serta empat jenis minuman istimewa


Diantara tetamu yang hadir... terima kasih


Tetamu dari Kuala Kangsar


Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan adanya DJ Halim yang banyak membantu dalam pergerakan tetamu yang hadir ketempat jamuan yang telah disediakan disamping memutar lagu-lagu berunsur keagamaan dan masa kini


sehari sebelum kenduri iaitu pada petang 10.8.2013 telah diadakan majlis akad nikah dimasjid Titi Tenduri.





30 May 2013

DIA DAN AKU

Orang yang sentiasa berada disamping ku dikala susah dan senang adalah isteriku tiada yang lain melainkan dia.... dialah juga menjadi sumber impirasi serta kekuatan ku.

walau pun kami kekurangan dari segi harta benda tapi kehidupan kami tetap bahagia seperti insan-insan yang lain, diatas dasar kasih dan sayang yang dianugerah oleh allah swt.


22 April 2013

CITA-CITA MASA LALU..

Dulu aku bercita-cita untuk jadi juruhebah atau pun sekarang ini dipanggil DJ.Ini mungkin  disebabkan pada masa itu kegemaran aku suka mendengar radio (radio malaysia)..secara tidak lansung minat untuk jadi juruhebah datang. sekarang ini masih lagi berminat mendengar radio tapi radio kelasik nasional yang banyak memutarkan lagu-lagu pada zaman aku muda-muda dulu. Disebabkan aku tidak mempunyai syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan maka cita-cita itu berkubur begitu sahaja. Oleh kerana itu aku hanya layak jadi DJ dirumah-rumah kenduri kahwin pada masa itu.

Dulu sekiranya ada kenduri kahwin aku lah orangnya menjadi juruacara majlis (DJ) , bermula daripada sewa alat pembesar suara hinggalah kepemasangan, dulu pembesar suara  guna jenis hon atau corong yang perlu dipasang diatas pokok. Tugas ku dihari kenduri senang saja hanya panggil tetamu yang datang kenduri ke khemah yang telah disediakan untuk jamuan makan dan minta  mentara sediakan hidangan untuk tetamu dan ambil bekas (pinggan mangkuk) yang telah digunakan ketempat basuhan. Mentara-mentara (pelayang) terdiri daripada pemuda dan pemudi dikampong tersebut. Diselang seli dengan lagu kesukaan ramai pada masa itu yang dinyanyikan  oleh DJ Dave(ingin bersua), Hail Amir,Uji Rasyid dan lain-lain lagi yang sezaman dengannya dan aku.

Pada waktu itu penyedian makanan dengan cara hidang tidak seperti sekarang dengan cara buffer. Satu hidangan untuk empat orang.

Daripada situlah bakat menjadi DJ dan Juruacara majlis terjadi dengan sendirinya dan berkembang terutama pada majlis-majlis anjuran jabatan tempat aku bertugas seperti kursus-kursus, majlis perpisahan kakaitangan, hari keluarga dan lain-lain, itupun bergantung sekiranya tiada orang lain yang akan  jadi DJ. Aku hanya sekadar juruacara bidan terjun aje.


DJ MASA BERTUGAS DIH0SPITAL
GERIK



Malam mesra Hospital Gerik(Pakian Beragam)
Taklimat bencana peringkat hospital

Kursus nilai-nilai murni



MASA BERTUGAS HOPITAL BALING

Kursus modal insan diPendang Lake Resort
Kursus CPR anjuran Pejabat Kesihatan diHospital Baling

Kursus budaya korporat Jitra Kedah

 
Hari keluarga Hospital Baling
 
Hari kualiti Hospital Baling
 
 Sekarang dah pencen dalam bidang juruacara majlis dan DJ, ini disebabkan masaalah kesihatan ku. Sekarang ini lebih memberi tumpuan dalam bidang pejaga PA sistem.
 

18 April 2011

Pada: 19.3.2011 baru-baru saya adakan majlis perkhwinan anak perempuan saya, anak yg kedua menantu pertama orang cik siti kembang (kelantan)bacok. Majlis berjalan dengan lancar cuma disebelah petang hujan sedikit ( hujan rahmat). Panggilan +-1500 orang, ramai saudara-mara dan kenalan yang hadir, ucapkan terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran DJ CAMAR SENJA dari Kedah FM.

Ada juga sudara-mara yang tidak dapat hadir pada hari tersebut disebabkan sibuk ataupun ada hal lain. Ada juga yang kata tak panggil walau pun kita kerumah..ada yang kita panggil tapi tak hadir, mukin juga ada yang memang dah tak mahu hadir.. nak sedia karpet merah kot? baru nak hadir.. ada juga yang buat-buat sibuk!! macam-macam ragam. (pengelaman Pertama).

Walau bagimana pun majlis selamat diadakan.... alhamdulilah sukur pada Allah.

09 June 2010



Baru-baru ini pada 23.5.2010 saya dimasukan kewad CRW (wad pemulihan jantung )diHospital Sultanah Bahiyah Alor Star, untuk membuat prosidur coronary agiogram (buka saluran darah sempit/tersumbat).

(BILIK PROSIDUR)
Prosidur dilakukan pada 24.5.2010 selama tiga jam mulai dari 11.00pagi hingga jam 2.00petang oleh Dato'Dr.Omar Pakar jantung dari Hospital Pulau Pinang dan dibantu oleh Dr. Cheng (pernah bertugas di Hospital Baling pada tahun 2001). Terdapat tiga saluran darah tersumbat, 2 saluran dipasang stented(Spring untuk buka saluran darah)setiap stented berharga RM3,000.00.




Satu saluran lagi akan dibuat diHospital Pulau Pinang disebabkan Hospital Sultanah Bahiyah tidak mempunyai alat yang mengcukupi/lengkap untuk prosidur ini disebabkan saluran tersebut tersumbat sepenuhnya.





MRI akan dilakukan bagi tujuan imbasan jantung untuk mengatahui keadaan jantung sama ada terdapat sel yang telah mati dan kedudukan saluran darah yang telah dibuat prosidur tarikh belum lagi ditetapkan.



Semasa prosidur dilakukan saya berada didalam keadaan sedar dan boleh bercakap dengan Pakar serta nampak apa yang dilaku. Bius setempat diberi ditempat yang hendak dilakukan prosidur (celah paha kanan). Selepas prosidur dilakukan iaitu hari keluar wad(hari kedua) baru terasa sakit dikaki sebelah kanan, badan terasa amat sejuk selepas itu menjadi panas, ini berlaku semasa dalam perjalan balik dari Alor Star ke Baling dan terpaksa menerima rawatan diHospital Baling dan berihat dirumah . (cuti sakit 10hari)



13.6.2010 akan ke Hospital Sultanah Bahiyah sekali lagi untuk klinik ulangan pemeriksaan doktor (Wafarin Klinik)









Sebelum prosidur dilakukan (nampak ok..boleh tersenyum lagi)








Selepas prosidur dilakukan baru tahu lagit tinggi rendah(ditemani oleh isteri tersayang)

Dimana kah kawan2ku dan saudara2ku..... dimasa ini dan ketika ini!!!!!!!!!!!!



Wajahku terkini







Penyumbang utama saluran darah tersumbat disebabkan oleh rokok dari itu BERHENTILAH MEROKOK..... Hasil dari rokok merupakan salah satu dana bantu yahudi... Kita kutuk yahudi waktu yang sama rokok masih berada dijari




Apa itu serangan jantung ?



Serangan jantung adalah suatu serangan penyakit yang terjadi ketika aliran darah melewati suatu bagian otot jantung tersumbat. Bila keadaan ini tidak dapat teratasi secara cepat, bagian dari otot jantung tersebut akan menjadi rusak karena kekurangan pasokan oksigen, dan kemudian otot tersebut akan mati.
Serangan jantung adalah pembunuh utama pada laki-laki dan wanita di negara maju. Untungnya saat ini sudah tersedia terapi-terapi termutakhir untuk mengatasi serangan jantung, sehingga kehilangan nyawa karenanya dapat dihindari. Penting untuk diingat bahwa terapi pada serangan jantung adalah paling efektif diberikan dalam 1 jam pertama sejak munculnya gejala awal. Bila Anda menemui seseorang yang sedang mengalami serangan, hubungi segera rumah sakit atau instalasi medis terdekat.
Serangan jantung paling sering terjadi sebagai akibat langsung dari suatu keadaan yang disebut sebagai Penyakit Jantung Koroner (PJK), atau Coronary Artery Disease (CAD). Pada penyakit ini terjadi suatu penimbunan lemak yang disebut plaque (plak) selama bertahun-tahun pada dinding dalam arteri koroner. Arteri koroner ini adalah pembuluh nadi yang mensuplai darah bagi otot-otot jantung. Plak ini meskipun menempel pada dinding arteri, kadang-kadang karena suatu hal dapat terkoyak atau terlepas, sehingga merangsang tubuh untuk membentuk gumpalan darah atau clot pada tempat terlepasnya plak tadi. Masalahnya, bila clot dapat terbentuk cukup besar untuk memblokir seluruh pasokan darah yang ditujukan untuk “memberi makan” otot jantung. Untuk lebih jelasnya silakan simak gambar.

Selama terjadinya serangan jantung, bila pemblokiran arteri koroner tidak tertangani cepat, otot jantung akan sedikit demi sedikit mengalami kematian dan berubah menjadi jaringan parut (scar tissue). Pada video di atas digambarkan secara global bagaimana pengaruh besar kecilnya kematian otot jantung (yang berubah menjadi scar tissue) terhadap fungsi pompa jantung. Kerusakan otot jantung ini mungkin tidak tampak jelas dari luar, atau mungkin juga menimbulkan masalah yang besar dan berkepanjangan. Semua itu tergantung dari berat-ringannya derajat kerusakan otot, serta seberapa besar daerah yang mengalami kerusakan.
Contoh problem pasca serangan jantung yang berat adalah gagal jantung dan ketidakteraturan irama jantung yang membahayakan nyawa. Gagal jantung adalah suatu keadaan di mana jantung tidak dapat memompa darah dalam kapasitas yang mencukupi bagi seluruh tubuh. Fibrilasi ventrikel adalah suatu gangguan ritme / irama denyut jantung yang serius dan dapat mengakibatkan kematian bila tidak ditangani segera. Pada vibrilasi ventrikel, otot ventrikel jantung (otot bagian bawah jantung yang bertugas memompa darah keluar dari jantung) tidak berdenyut seperti layaknya pompa, namun hanya bergetar saja sehingga volume darah yang keluar dari jantung sangat kecil.
Tindakan cepat pada gejala dini serangan jantung dapat menyelamatkan nyawa dan memperkecil resiko kerusakan otot jantung. Paling efektif penanganan dini dilakukan dalam 1 jam sejak timbulnya gejala pertama. Nah apa saja tanda dan gejalanya ?
Tanda dan gejala serangan jantung yang paling sering terjadi adalah :
1. Rasa nyeri (biasanya hebat) atau tidak nyaman pada dada -- sensasi seperti ditekan, seperti diperas, seperti digigit, seperti terisi penuh, atau nyeri pada dada tengah yang lebih sering menjalar ke dada kiri, satu atau dua tangan, tubuh bagian atas, tembus hingga punggung, leher, rahang bawah, atau ulu hati.
2. Nafas terasa berat dan pendek, dapat terjadi bersamaan atau sebelum terjadinya nyeri pada dada.
3. Tanda-tanda lainnya seperti
§ Mual
§ Muntah
§ Sensasi melayang / seperti mau pingsan
§ Keluar keringat dingin
Nah bila Anda mengetahui Anda terkena serangan jantung, langkah apa yang harus dilakukan ?
1. Jangan berpikir untuk macam-macam dulu, segera ke berangkat rumah sakit. Usahakan dalam 5 menit pertama bila memungkinkan.
2. Bila gejalanya hilang dalam waktu kurang dari 5 menit, maka tetap hubungi dokter Anda.
3. Usahakan sebisa mungkin agar Anda berangkat ke rumah sakit dengan ambulan. Namun bila tidak memungkinkan, segera minta keluarga atau kerabat Anda mengantar ke rumah sakit.
4. Nitrogliserin dapat membantu mengatasi gejala ini HANYA BILA DOKTER ANDA MERESEPKANNYA.