22 April 2013

CITA-CITA MASA LALU..

Dulu aku bercita-cita untuk jadi juruhebah atau pun sekarang ini dipanggil DJ.Ini mungkin  disebabkan pada masa itu kegemaran aku suka mendengar radio (radio malaysia)..secara tidak lansung minat untuk jadi juruhebah datang. sekarang ini masih lagi berminat mendengar radio tapi radio kelasik nasional yang banyak memutarkan lagu-lagu pada zaman aku muda-muda dulu. Disebabkan aku tidak mempunyai syarat-syarat dan kelayakan yang diperlukan maka cita-cita itu berkubur begitu sahaja. Oleh kerana itu aku hanya layak jadi DJ dirumah-rumah kenduri kahwin pada masa itu.

Dulu sekiranya ada kenduri kahwin aku lah orangnya menjadi juruacara majlis (DJ) , bermula daripada sewa alat pembesar suara hinggalah kepemasangan, dulu pembesar suara  guna jenis hon atau corong yang perlu dipasang diatas pokok. Tugas ku dihari kenduri senang saja hanya panggil tetamu yang datang kenduri ke khemah yang telah disediakan untuk jamuan makan dan minta  mentara sediakan hidangan untuk tetamu dan ambil bekas (pinggan mangkuk) yang telah digunakan ketempat basuhan. Mentara-mentara (pelayang) terdiri daripada pemuda dan pemudi dikampong tersebut. Diselang seli dengan lagu kesukaan ramai pada masa itu yang dinyanyikan  oleh DJ Dave(ingin bersua), Hail Amir,Uji Rasyid dan lain-lain lagi yang sezaman dengannya dan aku.

Pada waktu itu penyedian makanan dengan cara hidang tidak seperti sekarang dengan cara buffer. Satu hidangan untuk empat orang.

Daripada situlah bakat menjadi DJ dan Juruacara majlis terjadi dengan sendirinya dan berkembang terutama pada majlis-majlis anjuran jabatan tempat aku bertugas seperti kursus-kursus, majlis perpisahan kakaitangan, hari keluarga dan lain-lain, itupun bergantung sekiranya tiada orang lain yang akan  jadi DJ. Aku hanya sekadar juruacara bidan terjun aje.


DJ MASA BERTUGAS DIH0SPITAL
GERIK



Malam mesra Hospital Gerik(Pakian Beragam)
Taklimat bencana peringkat hospital

Kursus nilai-nilai murni



MASA BERTUGAS HOPITAL BALING

Kursus modal insan diPendang Lake Resort
Kursus CPR anjuran Pejabat Kesihatan diHospital Baling

Kursus budaya korporat Jitra Kedah

 
Hari keluarga Hospital Baling
 
Hari kualiti Hospital Baling
 
 Sekarang dah pencen dalam bidang juruacara majlis dan DJ, ini disebabkan masaalah kesihatan ku. Sekarang ini lebih memberi tumpuan dalam bidang pejaga PA sistem.
 

2 comments:

  1. Halo kawan...tak tau rupanya hang muda-muda dulu jadi DJ.Memang ada bakat rupanya. Selepas pencen ni, tentu ada banyak masa lapang, apa kata jadi DJ di rumah kenduri kahwin pula. Lawan sama itu DJ Latip..ha ha

    ReplyDelete
  2. latif tak pencen sayadah pencen..... latif pencen saya pi

    ReplyDelete