22 October 2013

KENDURI KAHWIN ANAK

Pada 11.8.2013 baru-baru ini iaitu pada hari raya puasa yang keempat saya telah adakan kenduri perkahwinan anak saya yang ketiga dan keempat. Majlis berjalan dengan lancar, sukur alhamdulilah pada hari tersebut cuaca cerah tidak hujan seperti hari-hari sebelumnya. Kali ini menantu orang kelantan(perempuan) dan orang pahang(lelaki). Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terutama K25(kempulan 25 org).


Pengantin bersama dengan keluarga tersayang

Menu kenduri kali ini terdiri daripada daging masak hitam,ikan masin goreng,kambing bakar dan dalca serta empat jenis minuman istimewa


Diantara tetamu yang hadir... terima kasih


Tetamu dari Kuala Kangsar


Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan adanya DJ Halim yang banyak membantu dalam pergerakan tetamu yang hadir ketempat jamuan yang telah disediakan disamping memutar lagu-lagu berunsur keagamaan dan masa kini


sehari sebelum kenduri iaitu pada petang 10.8.2013 telah diadakan majlis akad nikah dimasjid Titi Tenduri.





2 comments:

  1. Tahniah....Memang meriah...tapi tak kan tak ada gambar-gambar geng K25 yang dok buat kerja! Daging kambing bakar tu memang terbaikkk.

    ReplyDelete